Aplikasi MySekolah bantu pantau aktiviti pelajar

Assalamualaikum


P. Kamalanathan. - Foto Fariz Iswadi Ismail

KUALA LUMPUR: Sebuah aplikasi mudah alih, MySekolah bertujuan memudahkan komunikasi secara langsung antara sekolah dan ibu bapa, akan diperkenalkan.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata antara faedah aplikasi itu ialah membolehkan ibu bapa mengetahui mengenai aktiviti anak mereka di sekolah seperti rekod kehadiran, jadual pembelajaran dan keputusan peperiksaan.

Katanya, sebagai permulaan, aplikasi itu akan menjalankan peringkat percubaan di tiga sekolah iaitu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok dan SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah serta SK Precint 14, Putrajaya.

"Saya berpendapat aplikasi ini dapat membantu pembelajaran anak di sekolah dan juga di rumah kerana ibu bapa dapat memantau sendiri proses pembelajaran di sekolah.

"Selain itu, ia juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang mana dalam anjakan ketujuh menyatakan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia serta anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan sektor swasta," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman antara Celcom Axiata Bhd; Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Orangetree Production Sdn Bhd di sini, petang tadi.

Celcom Axiata diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya (CRO), Datuk Seri Shazalli Ramly; UUM oleh Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Orangetree Production oleh CEO, Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.

Aplikasi MySekolah dibangunkan hasil kerjasama antara ketiga-tiga syarikat dan universiti terbabit.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.