Cuti Sekolah September - Tambahan Satu Hari Cuti Untuk Negeri-negeri Ini

Assalamualaikum
Cuti Pertengahan Penggal 2, iaitu cuti sekolah bulan September akan bermula pada 9 September 2016 untuk negeri-negeri Kumpulan A dan 10 September 2016 untuk negeri-negeri Kumpulan B .



Tahukah anda terdapat satu hari cuti tambahan untuk negeri-negeri Kumpulan A? Negeri-negeri yang mendapat tambahan cuti tersebut ialah Kedah , Johor , Kelantan dan Terengganu . Hal ini kerana 16 September merupakan Hari Malaysia dan cuti umum tersebut jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu, cuti umum tersebut akan diganti pada 18 September 2016. Dengan itu, negeri-negeri yang disebut di atas akan bermula sekolah pada 19 September 2016 .

Untuk negeri-negeri Kumpulan B pula, sekolah bermula pada 19 September 2016 seperti biasa.

Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Cuti Penggal Pertengahan 2: 09/09/2016 - 18/09/2016

Cuti Akhir Tahun: 25/11/2016 - 31/12/2016

Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Cuti Penggal Pertengahan 2: 10/09/2016 - 18/09/2016

Cuti Akhir Tahun: 26/11/2016 - 01/01/2017




0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.