Koleksi Ayat Pick Up Line Terbaik Untuk Bagi Awek Cair!

Assalamualaikum


Untuk mengorat atau usha awek biasanya memerlukan ayat-ayat pickup line yang power, yang dapat membuatkan hati perempuan cair. Kepada yang tengah mencari ayat pick up line yang sesuai untuk tarik perhatian orang yang korang suka tu, boleh cuba senarai ayat pick up line di bawah. Gerenti cair punya 🙂
Bf : Awak , tahu tak bezanya awak dengan banduan?
Gf :Tak tahu.
Bf : Banduan terperangkap dalam penjara , tapi awak terperangkap dalam hati saya.
#ChiaChiaChia


Bf : Awak tolong bacakan petikan ni?
Gf : Ermm nak baca sampai mana?
Bf : Sampai ke hati saya.
#ChiaChiaChia

Bf : Aina oh Aina
Gf : Sape tu, awak curang eh?
Bf : Eh mane ada.
Gf : Habis tu ape!
Bf : Ainak kahwin dengan you.
#ChiaChiaChia
Gf : Awak ada kipas tak? Saya panas ni.
Bf : Kipas apa?
Gf : Kipas angin laa …tanye lagi
Bf : Ohh ingatkan kipas untuk bagi pengapit kita kipaskan kita kat pelamin
#ChiaChiaChia
Bf : Batu apa yang susah nak jumpa dan susah nak dapat?
Gf : Batu Caves,batu nesan,batu bata?
Bf : Salah.
Gf : Habis tu?
Bf : Batunang dengan awak.
#ChiaChiaChia
Bf : Awak, saya dah tak sabar nak makan.
Gf : Makan apa?
Bf : Makan nasi minyak kita lah.
#ChiaChiaChia
Bf : Awak kenal Airien tak?
Gf : Airien mana?
Bf : Airiendu kat u.
#ChiaChiaChia
Bf : Saya semakin tinggilah.
Gf : Berapa tinggi awak?
Bf : 180cm
Gf : Bagus
Bf : Kenapa pulak bagus?
Gf : Kerana semakin tinggilah harapan saya untuk memiliki awak selamanya.
#ChiaChiaChia
Bf : Awak tolong saya ,saya sesat ni.
Gf : Sesat? Awak jangan main-main.
Bf : Ye, saya sesat kat dalam hati awak,awak boleh tak saya nak duduk lama kat dalam ni
#ChiaChiaChia
Bf : Awak ada jam tak?
Gf : Tak de…nape?
Bf : Saya ada jambatan untuk awak meniti ke hati saya.
#ChiaChiaChia
Gf : Awak jom main sorok-sorok.
Bf : Taknak lah
Gf : Alaa kenapa?
Bf : Sebab perempuan cantik macam awak susah nak jumpa.
#ChiaChiaChia
Bf : Awak, saya accident.
Gf : Accident? Macam mana, teruk tak?
Bf : Saya accident terlangar hati awak.
#ChiaChiaChia
Bf : Apa beza awak dengan longkang?
Gf : Longkang?
Bf : Longkang mengalirkan air tapi awak mengalir ke dalam hati saya
#ChiaChiaChia
Bf : Awak tinggal bahagian mana eh?
Gf : Sana kat simpang 3
Bf : Saya rasa saya ada rumah berdekatan sana
Gf : Arh? Serius?
Bf : Rumahtangga kita!
#ChiaChiaChia
Bf : Awak ada bank tak?
Gf : Ada, kenapa?
Bf : Supaya saya senang bank in hati saya ke awak.
#ChiaChiaChia
Gf : Awak dapat berapa spm?
Bf : 9A 1C.
Gf : Apa yang C?
Bf : C u at our wedding.
#ChiaChiaChia
Bf : Awak tahu doraemon”?
Gf : Tahu.
Bf : Awak tahu kan,doraemon boleh keluarkan apa saje dari poket depan dia tu kan.
Gf : Tahu.
Bf : Tapi ,satu je yang awak tak tahu,yang doraemon tak boleh keluarkan awak dari fikiran saya.
#ChiaChiaChia
Gf : Awak lebih suka milo atau kopi?
Bf : Hmm…saya pilih kopi.
Gf : Kopi?
Bf : Ya kopi. Kopinang kau dengan Bismillah”.
#ChiaChiaChia
Bf : Tahu tak apa beza awak dan jerebu?
Gf : Apa dia?
Bf : Jerebu masuk hidung saya, awak masuk hati saya.
#ChiaChiaChia


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.