Pelajar Temui Ajal Ketika Cuba Bantu Rakan Ambil Beg

Assalamualaikum


Putrajaya: Seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2) di sini maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Sumber Harian Metro berkata, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya itu mengambil beg tersebut.

"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal mengawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber : Harian Metro


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.