Dua beradik hilang ditemui semula selepas hampir 10 jam

Assalamualaikum
MUAR: "Alhamdulillah, dua anak saya berjaya ditemui selepas hilang hampir 10 jam. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dan mengambil berat," kata Norlizawati Kamaludin, 34. 

Dua beradik, Mohd Aiman Hazim (kanan) dan Nor Amani Nadira yang berjaya ditemui semula selepas dilaporkan hilang di Segamat.


Ibu kepada Mohd Aiman Hazim Azlinata, 10, dan Nor Amani Nadira, 9, itu berkata, dua beradik berkenaan ditemui seorang kakitangan sebuah masjid di Kampung Jawa, Segamat yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya di Taman Emas, petang semalam.

 "Ketika ditemui, anak saya hanya menjawab nak ikut 'atuk'. Kakitangan masjid berkenaan kemudian memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum beberapa penduduk yang sedar berita kehilangan anak saya yang viral di Facebook, menghubungi saya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Suri rumah berkenaan mendakwa, beliau menyedari dua anaknya itu hilang kira-kira jam 7 pagi semalam selepas pulang daripada membeli sarapan di warung berdekatan. "Sebelum menghantar mereka ke sekolah, saya memang selalu beli sarapan. Bila balik ke rumah, dua beradik itu sudah tiada. 

Selalunya, hanya saya hantar anak ke sekolah dan mereka pulang ke rumah menaiki van sekolah. "Selepas usaha mencari tidak berhasil, saya cuba mendapatkan bantuan daripada orang ramai menerusi Facebook untuk mencari mereka. Alhamdulillah, akhirnya dua anak saya berjaya ditemui pada hari sama," katanya.

 Norzilawati juga mendakwa, Mohd Aiman sering memberitahu ada mendengar suara memanggilnya yang semakin kerap sejak seminggu lalu.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.