Guru, terima kasih atas cinta dan jasa!

Assalamualaikum


Tugas sebagai seorang guru memang mencabar dan memerlukan ketahanan mentah yang tinggi. Kalau guru rotan murid, satu Malaysia jadi viral. Nah kita viralkan pula kasih seorang guru.
Sekeping gambar yang memaparkan seorang guru yang menyuapkan makanan kepada anak muridnya telah menjadi viral dan bualan netizen di seluruh Malaysia.
Menurut sumber, murid darjah enam yang sedang menduduki peperiksaan UPSR mengalami patah di pengelangan tangan kanannya hingga menyukarnya untuk menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sendiri.
Mungkin guru itu pernah memarahinya. Mungkin guru itu pernah mendenda dia. Mungkin guru yang sama bercekak pinggang melihat perangai nakal muridnya. Tapi semuanya kerana cinta. Cinta yang amat agar menjadi manusia.
Guru, terima kasih atas cinta dan jasa!


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.