Harga Dan Spesifikasi GambarProton Saga 2016

Assalamualaikum
Tahun 2016 merupakan tahun yang paling aktif bagi pembuat kereta nasional, Proton. Terbaru, Proton Saga 2016 baru akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2016. Sebelum ini Perdana dan Persona baru telah dilancarkan. Generasi ketiga Proton Saga kali ini dijangka mampu memberikan saingan keatas kereta setaraf iaituPerodua Bezza. Berikut dikongsikan harga Saga 2016 beserta spesifikasi dan gambar model terbaru Proton ini.

Proton Saga 2016 HargaSpesifikasi Dan Gambar 

Umum sedia maklum yang Proton Saga 2016 merupakan sebuah kereta sedan yang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana harga mampu milik. Berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan Proton Saga 2016 baru seperti spesifikasi, harga dan gambar. 

A. Harga Proton Saga 2016

Menurut sumber yang dipetik dari Paultan, harga Proton Saga 2016 baru ini akan berada dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000. Tempahan boleh dibuat bermula Sabtu, 24 September 2016. Harga rasmi akan dikemaskini selepas pelancaran model baru ini pada 28 September 2016. 

B. Spesifikasi Saga Baru

Saga baru 2016 yang pasti menarik ini bakal ditawarkan dalam empat varian iaitu :-
  • Standard (Manual)
  • Standard (Automatik)
  • Executive (Automatik)
  • Premium (Automatik)

Enjin

Kesemua varian Proton Saga 2016 akan menggunakan enjin yang sama seperti model Iriz iaitu 1.3 liter VVT. Ianya bakal menggantikan enjin lama di Saga terdahulu iaitu IAFM+). Berikut diantara spesifikasi menarik yang terdapat pada Saga 2016 baru :-
  1. Horsepower : 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm
  2. Transmisi : Manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian)
  3. Saga baru lebih laju dan lebih jimat minyak berbanding model terdahulu walaupun mempunyai kuasa hp yang sama
  4. Jarak roda 2,465 mm yang sama dengan model terdahulu tetapi Saga varu 2016 lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm).
  5. Stereng hidraulik yang lebih pantas

Specs Standard

  • Rim besi 13 inci (dengan penutup plastik)
  • Lampu kabus belakang
  • Sensor pengesan jarak hadapan dan belakang
  • Dua beg udara (Airbag)
  • unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth)
  • Tempat mengecas USB
  • Tapak cangkuk Isofix
  • Lampu hadapan halogen Reflector
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Gril hadapan krom
  • Ruang but (simpanan belakang) 420 liter (tujuh liter lebih daripada sebelumnya)
  • Tahap keselamatan perlanggaran ASEAN NCAP empat bintang



Specs Varian Executive 

  • Pilihan transmisi CVT
  • Unit audio Double-Din
  • Cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik)
  • Pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan
  • Tiang B-pillar dicat hitam
  • Lampu kabus hadapan
  • Spolier pada but belakang
  • Rim aloi 14 inci
  • Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak mesh


Specs Varian Premium

  • Ciri Electronic Stability Control (ESC) dengan Hill-hold Assist
  • Rim aloi 15 inci
  • Kamera undur dengan paparan akan keluar pada cermin pandang belakang (terdapat pada model high specs Exora)
  • Unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
  • Kemasan kelabu pada tombol gear


Pilihan Warna

Pembeli akan mempunyai enam warna pilihan yang ditawarkan iaitu seperti berikut :-
  • Hitam
  • Merah
  • Putih
  • Kelabu
  • Biru
  • Silver (perak)

Buat mereka yang bercadang untuk membeli kereta baru dalam masa terdekat ini, Proton Saga 2016 baru mungkin boleh menjadi pilihan berbaloi anda. Setiap pembelian akan diberikan jaminan 3 tambah 2 tahun atau 150,000km


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.