JANGAN UJI KESABARAN SAYA

Assalamualaikum
Masih tidak habis dengan isu perceraian, Zila Seeron kini berkeras ingin melawan kes nusyuz yang difailkan oleh Along Cham sebelum ini. Tindakan itu bagaimanapun seolah-seolah menguji kesabaran Along yang selama ini tidak mahu mengaibkan maruah bekas isterinya itu kerana permohonan itu hanya akan membongkarkan lebih banyak aib di pihak bekas isteri.



“Saya tidak akan mengulas panjang lagi mengenai isu perceraian ini kerana bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila bekas isteri yang masih juga berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya pula. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar”

 Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu. Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya. Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai permohonan nusyuz yang digailkan bekas isterinya.

Terdahulu, Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif. Sebelum itu kecoh apabila bekas isterinya, Zila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang lelaki yang dikenali di laman sosial, Smule ketika masih bergelar isteri kepada Along. (rkty/w)



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.