Lebih Banyak Kes Zika Muncul di Malaysia - Amaran Kementerian Kesihatan

Assalamualaikum



Kuala Lumpur : Akan ada lebih banyak kes Zika baru yang akan muncul di Malaysia.

Itu amaran yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Ser Dr S. Subramaniam hari ini, berikutan laporan bahawa seorang lelaki di Sabah telah dijangkiti virus itu di dalam negara.

Menurut Subramaniam, kes kedua Zika itu menandakan bahawa virus itu sudah pun wujud dalam komuniti Malaysia.

"Pesakit ini tidak pergi ke negara lain apabila sejumlah besar kes virus itu dilaporkan. Ini bermakna dia dijangkiti virus itu di Malaysia", katanya menerusi Facebook hari ini.

Subramaniam juga berkata, kementerian itu tidak pasti dari mana virus itu mungkin datang namun beliau berkata, mungkin ramai lagi yang dijangkiti dalam komuniti itu yang merupakan punca infeksi.

"Kami sedang mengesan pergerakan pesakit terbaru ini dalam masa beberapa minggu lepas. Kami akan meningkatkan aktiviti kawalan vektor di kawasan-kawasan terbabit", katanya.

Baru-baru ini, seorang lelaki 61 tahun dari Taman Public Jaya di Likas dikesan positif virus Zika. Lelaki itu bagaimanapun meninggal dunia pada petang Sabtu dipercayai kerana komplikasi jantung dan tidak berkait dengan virus Zika berikutan dia mempunyai masalah kesihatan lain yang melibatkan jantung.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.