Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online

Assalamualaikum

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online

Pelajar tingkatan 3 PT3 2016 yang berpotensi dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM 2017 secara online.

 * Nota MAKLUMAN : Tarikh Permohonan ke MRSM 2017 Tingkatan 4 adalah dari 13September sehingga 21 Oktober 2016.

 Panduan dan maklumat permohonan MRSM 2017 Tingkatan 4 akan dikemaskini selepas applikasi permohonan di buka pada 13 September 2016. Maklumat yang dikongsikan di bawah ini adalah untuk permohonan sesi 2016

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2016 Tingkatan 4 Online

  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 4
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 16 hingga 20 November 2015
  • Tempat dan tarikh ujian akan di pilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
  • Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
  • Pertanyaan : Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Memperolehi keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (Tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online. Semoga anda berjaya.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.