Petua Mengubati Gusi Bengkak

Assalamualaikum
Assalamualaikum guysss.. Selalunya kita kena sakit gigi jertetapi ada segelintir orang pula yang mungkin tak bernasib baik apabila mendapati gusinya bengkak dan kelihatan merah-merah. Punca terjadinya gusi bengkak tu lazimnya disebabkan kekurangan vitamin C (kurang makan limau contohnya..) atau malas gosok gusi err… gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi.


Ada orang yang kadang-kadang tak sedar pun gusinyapetua bengkak gusi bengkak sebab tak rasa sakit sangat. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak makan.. huhu..

Petua Mengubati Gusi Bengkak Satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan. ATAU Satu lagi caranya ialah berkumur dengan air kunyit. Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih.


Biarkan beberapa ketika agar airrendaman tu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan airrendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.




Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh. InsyaAllah Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.