Resepi Daging Masala Terbaik

Assalamualaikum


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 kg daging kambing

(*) kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
(*) gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
(*) rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak

Bahan Kisar –

(*)7 ulas bawang merah
(*)5 ulas bawang putih
(*)2 inci halia
(*)1-2 batang serai

Bahan Lain:

(*)1 labu bawang besar (dihiris)
(*)2-3 biji ubi kentang (potong empat)
(*)2 biji tomato (potong empat)
(*)2 tangkai cili hijau (dihiris)
(*)2 tangkai cili merah (dihiris)
(*)1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
(*)1 keping kayu manis
(*)1 bunga lawang
(*)3 biji pelaga
(*)1/2 sudu biji jintan putih
(*)1/2 sudu biji jintan manis
(*)1/2 sudu serbuk ketumbar
(*)3 sudu serbuk cili
(*)1 sudu serbuk garam masala
(*)2 gelas air
(*)Minyak masak


Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.

(*)2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.

(*)3. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato.

(*)4. Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.

(*)5. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.

(*)6. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Hidangkan.



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.