Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa

Assalamualaikum
SAPS Semakan Ibu Bapa atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).  
 Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan.



Cara Buat Semakan SAP Ibu Bapa Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini. 
  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Klik Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.
  • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
  • Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Seterusnya Pilih Tahun ( 2011 hingga 2016) 
  • Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN

Nota

Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.