Skim Bantuan Pendaftaran IPTA 2016 Johor

Assalamualaikum
 Bantuan pinjaman pelajaran? Berita baik buat pelajar warga negeri Johor yang berkelayakan. Dipetik dari FB MB Johor, Skim Bantuan Pendaftaran (pelajar baru sahaja) bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016 telah dibuka. Permohonan bantuan boleh dibuat dengan memuat turun borang di Laman Web Rasmi Yayasan Pelajaran Johor sehingga 17hb September 2016.

Permohonan Bantuan Pendaftaran Ke IPTA 2016 Online : Negeri Johor (YPJ)

Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan bantuan untuk membolehkan anak-anak Johor yang datang dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang berjaya ke IPTA mendapat sumbangan bagi meringankan beban bayaran pendaftaran masuk universiti.  Permohonan perlu disertakan dengan surat tawaran kemasukan ke ipta.


Syarat Am Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ke IPTA 2016:-
  1. Kemasukan Ijazah Sarjana Muda 2016 (IPTA Sahaja) dan mula mendaftar di tahun pertama pada tahun 2016
  2. Warga Negeri Johor dan menetap di Negeri Johor Sahaja
  3. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebij
  4. Telah mendapat surat tawaran dari Universiti/ INstitusi
  5. Pendapatan ibu dan bapa/ penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan
  6. Layak menerima SBP sekali sahaj untuk setiap taraf pengajian dan tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran
  7. Tarikh permohonan : 17 Ogos 2016 hingga 28 Ogos 2016 (Dilanjutkan sehingga 17 September 2016)
  8. Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau yang setaraf dengannya

Dokumen Yang Diperlukan

Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau yang setaraf dengannya seperti senarai berikut :-
  1. Surat Tawaran : Salinan surat tawaran dan Salinan resit pembayaran (bagi yang telah mendaftar)
  2. Kad Pengenalan : Pemohon, ibu dan bapa/ penjaga
  3. Bank Islam : Salinan akaun Bank Islam tanpa buku. PENTING! (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) INI ADALAH DOKUMEN WAJIB
  4. Slip Gaji Salinan penyata pendapatan ibu dan bapa/ penjaga
  5. Dokumen Sokongan Sijil Kematian/ penceraian (jika berkaitan)
*  Muat turun Syarat

Pengesahan Pendapatan Sekiranya ibu bapa/ penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri)/ tidak bekerja (suri rumah/ pesara /pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan 2016 dan seterusnya disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / Pegawai Gred A dan yang setaraf dengannya. Download Borang Pengesahan Pendapatan

Nota 

Masa depan pembangunan Johor amat bergantung kepada bakat terbaik dari anak johor. Percayalah, bagi sebuah negeri yang menjadi jauhari Asia Tenggara dan ' new economic power house', modal paling berharga ialah modal insan yang berketerampilan, berkemahiran tinggi, berani berniaga, berdaya saing, terpelajar, kreatif dan inovatif. Jika tidak peluang itu akan direbut orang luar jika kita tidak bersedia memenuhinya.

Sumber FB Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.