Fakta: 1.5 Juta Rakyat Johor Gemuk

Assalamualaikum


Kira-kira 1.5 juta rakyat Johor atau separuh daripada jumlah keseluruhan sedang mengalami masalah berat badan berlebihan dan dijangkakan angka tersebut akan meningkat setiap tahun.

Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri memaklumkan bahawa jumlah berkenaan menjadikan Johor di kedudukan kelima dengan 49.1 peratus penduduk obes. Negeri yan mendapat 4 kedudukan teratas adalah Negeri Sembilan (51.2), Perlis (52.5), Melaka (53.7) dan Putrajaya (62.8).
Malah seramai 5.6 juta penduduk negara ini memiliki berat badan berlebihan dan sebanyak 3.3 juta berada dalam kategori obes mengikut laporan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2015.
“Gaya hidup yang tidak aktif adalah penyebab utama kepada pelbagai masalah kesihatan se­per­ti obesiti, diabetes, penyakit jantung dan hipertensi. Program Fit yang dianjurkan pihak hospital disambut baik bagi membudayakan gaya hidup sihat,” maklum Datuk Ayub kepada Utusan ketika Perasmian Program Fit@Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Beliau turut memuji usaha HSA dengan menganjurkan Program Fit@Hospital Sultanah Aminah dan berharap hospital lain dalam negeri Johor dapat mencontohi program berkenaan bagi menjadikan rakyat negeri ini sihat supaya seiring dengan pembangunan negara.
Katanya lagi, kakitangan hospital harus menjadi contoh teladan kepada orang lain dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.