Isteri Menangis Meraung Ketika Ditinggal Suami Kerana Telalu Lama Buang Air

Assalamualaikum


Satu kejadian menyedihkan sekaligus melucukan di mana sibuknya manusia mencari nafkah, ditengah teriknya sinar matahari tiba-tiba terdengar jeritan seorang wanita yang sedang memakai helmet berlari sambil memanggil serta menjerit nama seorang lelaki.

Hilda 35 tahun telah ditinggalkan oleh suaminya Hendra 40 tahun kerana berada terlalu lama di dalam tandas awam ketika dalam perjalanan dari Jawa Tengah ke Bandung iaitu kampung halamannya. Diceritakan lagi pada ketika itu mereka sedang berehat di gerai makan tepi jalan, selepas selesai makan, Hilda pergi ke tandas tanpa pengetahuan suaminya itu.

Ketika dia keluar dari dalam tandas, alangkah terkejutnya dia apabila tidak melihat kelibat anak dan suaminya, ketika itu juga dia meraung menangis dan menjerit sambil berlari ke jalan sambil memanggil nama suaminya sehingga menarik perhatian orang ramai.

 Sebagai orang awam yang prihatin, mereka kemudian telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis berhampiran yang menjaga lalu lintas, nasib baik setelah setengah jam menangis akhirnya suaminya Hendra telah datang semula sambil menahan ketawa.

“Saya cuma memberinya sedikit pengajaran, tiada angin tiada hujan tiba-tiba isteri saya pergi begitu saja tanpa memberitahu ke mana," katanya sambil melihat wajah isterinya.

Di iringi senyuman, orang ramai di sekitar kedai makan tersebut hanya mampu menahan ketawa, sementara isterinya Hilda hanya menutup muka dengan tudung di mana esak tangisnya masih bersisa lagi.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.