Lelaki 71 tahun kahwini wanita idamannya berusia 114 tahun

Assalamualaikum

BEIJING: Seorang lelaki berusia 71 tahun tidak mengendahkan jurang usia hampir lima dekad apabila berulang kali melamar wanita dicintai sehingga akhirnya menjadi isterinya.

Beliau mengahwini wanita berusia 114 tahun itu, 43 tahun lebih tua daripadanya selepas bertemu di rumah kebajikan. Menurut lelaki berkenaan, beliau berusaha memikat wanita itu setahun sebelum akhirnya berkahwin.

Pada mulanya, beliau terpesona kepada keenakan masakan wanita itu dan kemudian menyedari wanita itu juga seorang yang baik, katanya. Wanita itu berulang kali menolak lamaran beliau, tetapi lelaki berkenaan tidak berputus asa.


Akhirnya wanita berkenaan sudi mengahwininya dan menetapkan tarikh untuk acara bersejarah itu. Majlis perkahwinan pasangan warga emas itu diadakan di mukim Bachu di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang. - Agensi


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.