Lelaki kecewa bunuh diri secara 'live' di FB 'Tiada siapa percaya bila saya kata saya akan bunuh diri, jadi lihatlah sekarang

Assalamualaikum

OSMANIYE - TURKI. Seorang lelaki dilaporkan membunuh diri menggunakan servis siaran langsung Facebook (Facebook Live), 10 Oktober lepas.

Menurut laporan Mirror, Erdogan Ceren, 22, sebelum ini kecewa kerana teman wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dalam rakaman yang viral, Erdogan memulakan siaran dengan membacakan puisi yang ditujukan khas kepada teman wanitanya.

"Tiada siapa percaya bila saya kata saya akan bunuh diri, jadi lihatlah sekarang," kata Erdogan sejurus selesai membaca puisi.

Senjata yang digunakan Erdogan bagaimanapun gagal berfunsi, memaksanya memeriksa senjata berkenaan semula.

Percubaan seterusnya merakamkan bunyi tembakan dan Erdogan terjatuh, sebelum siaran langsung tamat.

Laporan media tempatan mengadakan ahli keluarga yang mendengar bunyi tembakan berkenaan menghantarnya ke hospital.

Mangsa diisytiharkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.