LIMA Sebab Kenapa Kopi Ini Jadi Kopi Paling Famous Di Instagram

Assalamualaikum


Sebuah kafe kopi di Johannesburg, Afrika Selatan telah mencipta fenomena di instagram dengan cara terbaru meminum kopi iaitu ‘coffee in a cone‘.Keistimewaan latte yang dibawa oleh The Grind Coffee Company ini adalah mereka menggunakan kon aiskrim sebagai pengganti cawan yang biasa digunakan untuk latte panas.
Jom kita tengok apa yang menyebabkan coffee cone ini menjadi famous.

1. Gabungan Aiskrim+Kopi+Coklat yang Menjadi Kegemaran Ramai




Menurut Dayne Levinrad, pekerja The Grind Coffee Company ramai pelanggan yang mengemarkan ketiga-tiga menu ini di kafe dan mereka fikirkan kenapa tidak gabungkan sahaja ketiga-tiga menu supaya dapat memuaskan hati para pelanggan.

2. Bentuk Rupa yang Unik

 

Siapa sahaja yang melihat coffee cone ini pasti akan rasa ingin tahu bagaimana kopi panas diletakkan dalam kon aiskrim dan yang lebih menarik bahagian atas kopi latte ini turut dilukiskan dengan pelbagai corak.

3. Gabungan Empat Jenis Coklat Untuk Lapisan Dalam

 

Bagi memastikan latte panas tidak cepat menyerap kepada kon, mereka telah mencuba pelbagai cara dan terakhirnya The Grind Coffee menggunakan empat gabungan coklat istimewa untuk lapisan dalaman kon yang mampu menahan suhu panas latte untuk seketika.

4. Kon Disediakan Segar Setiap Hari

 
/

Demi menjaga kualiti, kon aiskrim yang digunakan tidak disediakan secara besar-besaran tetapi disediakan setiap hari sebelum kafe beroperasi. Waffle akan dimasak setiap hari sebelum digulung untuk dijadikan kon dan disalut coklat pada bahagian dalaman.

5. 5 Minit Untuk Instagram, 5 Minit Untuk Minum Latte

 

Perkara yang lebih unik tentang coffee cone ini adalah pelanggan mempunyai kira-kira 10 minit untuk bergambar dan upload di instagram dan meminum latte sebelum lapisan dalaman kon yang diperbuat daripad coklat mencair.
Buat masa sekarang Coffee Cone ini hanya terdapat Johannesburg, Afrika Selatan tetapi Vitdaily pasti tidak lama nanti mesti akan ada kafe hipster di Malaysia yang menjual kopi seperti ini.
Jom tonton video pendek pembuatan coffee cone ini.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.