Pelajar maut dalam perjalanan ke sekolah

Assalamualaikum
GUNUNG SEMANGGOL -  Perjalanan seorang pelajar perempuan pergi ke sekolah bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semanggol, berhampiran Bukit Tok Keramat di sini pagi tadi.


Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa, Nur Syafiqah Mohamad Salin, 16, dari Perumahan Batu 11, Jalan Semanggol di sini maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggang terbabit kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori.

Saksi kejadian hanya dikenali Hasan berkata, sewaktu kejadian berlaku, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebanyakan(SMK) Muzaffar Shah, Selinsing dengan menaiki motosikal.                   

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa difahamkan cuba memotong sebuah lori yang berada di hadapan.

"Sebaik memotong, mangsa baru menyedari kehadiran sebuah kereta di laluan bertentangan sebelum bertembung.

"Kesan pertembungan menyebabkan mangsa tercampak ke laluan asal sebelum dirempuh lori yang hendak dipotong," katanya kepada media di sini pagi tadi.                      

Sementara itu, Sinar Harian masih berusaha menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan kejadian.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/pelajar-maut-dalam-perjalanan-ke-sekolah-1.569013


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.