Permohonan 2017 Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Online

Assalamualaikum


Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) Januari 2017 Online

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1. Program Kolej Vokasional

Menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia dan ditawarkan di :-
  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) - Auto Prima Technology Sdn. Bhd, Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training, PPKS Ilmu Sdn. Bhd, JT Akademi Sdn. Bhd
  3. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) - KKTM Masjid Tanah

2. Aliran  Teknikal 

Ditawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil  Pelajaran Malaysia) 

3. Program Kemahiran

Program Sijil Kemahiran Malaysia (Apprenticeship di ILKAdi

  • Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia dan WISDEC Sabah
     

Cara Buat Permohonan Online

Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2017 : Klikhttps://sptv.moe.gov.my/ . Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2016 seperti berikut:-
  • A. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu 

  • Pentaksiran Pusat (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Klik PBS untuk memohon
  • Syarat Permohonan
  • Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV/ SMTILKA/ILKS dan GIATMARA
  • BMurid Lepasan PAV 

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

Syarat Umum

  • i. Warganegara
  • ii. Tingkatan Tiga Tahun 2016
  • iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
  • iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-

  1. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
  2. Syarat Permohonan
  3. Carta Alir Permohonan
  4. Info Kursus
  5. Panduan Permohonan
  6. FAQ
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di 
Alamat BPTV:

 Aras 6, Blok E14, Parcel E,
 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03-88845154 
Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089

Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2017

Calon   boleh   menyemak   keputusan   dalam laman   sesawang   KPM,   di   alamat http://www.moe.gov.my mulai 19 Januari hingga 24 Januari 2017.
Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. 

 Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan
mulai 26 Januari sehingga 28 Februari 2017.




loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.