Rasa Terkilan Dikata Tak Hormat Islam Kerana Pakai Seluar Pendek Ketika Bantu Orang Susah - Kuan Chee Heng

Assalamualaikum


Dunia sukarelawan penuh pancaroba dengan pelbagai dugaan, ini kerana mereka akan berdepan dengan orang ramai dan juga terpaksa menonjolkan diri demi mendapatkan sumbangan daripada masyarakat.Mereka ini sebenarnya tidak lekang dek pelbagai kata pujian dan termasuk makian, walaupun melakukan kerja baik, sebenarnya ada manusia yang tidak suka perbuatan mereka ini membantu orang lain.

Terbaru, sukarelawan Encik Kuan Chee Heng, telah melahirkan rasa terkilannya selepas beliau telah dituduh tidak hormat agama Islam oleh individu yang tidak bertanggung jawab hanya kerana beliau berseluar pendek ketika membantu orang Islam.

Jom kita baca luahan beliau.

Saya mohon maaf seribu kali. SAYA DI TEGUR TAK HORMAT ISLAM KERANA BANTU ORANG PAKAI SELUAR PENDEK.

Saya kecewa kerana saya ditegur memakai seluar pendek dan dikatakan saya tidak menghormati Islam ketika masuk kerumah orang Islam. 

Saya rasa sangat terkilan. Ikut hati, nak lepaskan mereka semua. Tapi saya rasa walaupun saya bukan Islam dan memakai seluar pendek, saya mungkin kafir dan mungkin murtad, tetapi saya rasa saya terpanggil memembantu mereka kerana Allah mempertemukan saya dengan mereka yang minta bantuan. 

Saya rasa orang yang menerima sedikit huluran bantuan, lebih arif adakah saya hormati mereka atau tidak. Kalau saya dalam keadaan nbak memikul beras berkilo kilo, barangan keperluan yang padat., saya memakai seluar panjang dan merimaskan saya serta menhadkan pergerakan saya, saya akan kurang berkeupayaan untuk bergerak membantu seramai yang saya boleh. 

Janganlah sebab seluar panjan , yang miskin tetap miskin, yang lapar tetap lapar. Inilah kau hanya suka mencari kesalahan orang dan saya berani bersumpah depan Allah yang kau jenis inilah diturunkan sebagai orang yang akan membakar semangat saya lebih lagi dengan kutukan dan kritikan kamu untuk saya lebih membantu ramai lagi orang Islam kerana kamu tidak sebenarnya membantu,tetapi membantu menaikkan semangat saya lebih lagi dengan pertikaian kamu. 

Pakai lah seluar panjang kamu dan jom kita bantu mereka yang perlukan. Harap harap Allah akan mebuka hati kamu sebagai seorang Islam untuk memandang lebih mendalam dan lebih memahami Islam yang sebenarnya. Munkin satu hari kamu dapat hidayah yang sebenarnya wahai sahabatku.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.