Senaman Ringkas Untuk Mengecilkan Perut Buncit

Assalamualaikum


Sit Up

Sit up merupakan gerakan mengangkat tubuh bahagian atas daripada posisi telentang ke atas dengan menggunakan otot perut. Di samping itu, anda boleh juga menggabungkan dengan ‘crunche’ iaitu mengangkat bahagiantubuh sebanyak 30 darjah daripada posisi awal, ke kiri dan ke kanan secara bergantian.

Push Up

Push up cukup berkesan untuk membakar lemak tubuh.Jika anda tidak berupaya melakukan push up dengan tumpuan di hujung jari kaki, anda boleh mencuba push up dengan lutut sebagai tumpuan. Apabila anda sudah yakin dengan kekuatan tangan, jangan lupa untuk mencuba melakukan push up dengan menggunakan hujung jari kaki sebagai tumpuan bagi mendapatkan hasil workout yang lebih baik dan cepat.

Squat

Ia merupakan gerakan duduk di kerusi bayangan. Ketika melakukan squat, anda akan menggerakan tubuuh naik-turun dengan kaki sebagai tumpuan.Bagi permulaan, anda boleh melakukan squat sebanyak 50 kali. Bagi anda yang belum biasa melakukannya, sudah pasti akan mengalami sakit pada bahagian kaki di permulaan anda workout. Setiap hari anda perlu tambahkan latihannya sedikit demi sedikit supaya lemak-lemak yang ada di perut terbakar dan berubah menjadi otot.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.