Video Kanak-Kanak Perempuan Parah, Terjatuh Eskalator Di Penang

Assalamualaikum


Georgetown: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun parah selepas beliau dilaporkan telah terjatuh daripada eskalator di Kompleks Bukit Jambul, di sini, petang, semalam, lapor Harian Metro.

Menurut laporan, kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketikan mangsa didukung atas bahu oleh bapanya sambil menaiki eskalator berkenaan.

Hasil siasatan awal, bapa kanak-kanak berkenaan dikatakan telah menundukkan kepada menyebabkan anaknya itu berada diatas bahu terjatuh pada ketinggian tiga meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit," katanya


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.