calon UPSR 2016 belajar format baharu sejak 2011

Assalamualaikum



KUALA LUMPUR: Semua pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini telah didedahkan dengan semua aspek mengenai format baharu peperiksaan itu sejak tahun 2011. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kohort pertama Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai dalam UPSR tahun ini dilaksanakan berpandukan kepada format baharu, selaras dengan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). 

Beliau berkata, semua soalan yang disediakan juga adalah dalam format itu, yang turut selaras dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


"Cadangan perubahan format UPSR dibentangkan pada tahun 2010 dan ia membabitkan perbincangan dengan semua pihak, termasuk kesatuan guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau, semalam. UPSR yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 5 hingga 8 September lalu mencatatkan keputusan kurang memberangsangkan, dengan hanya 1.11 peratus pelajar berjaya memperoleh keputusan semua A. 

Pencapaian keseluruhan dalam semua subjek juga rendah berbanding tahun lalu, berikutan format baharu tahun ini, yang dianggap punca utama menjejaskan prestasi semua calon.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.