Cemas apabila seekor buaya memasuki kawasan sekolah

Assalamualaikum



SIMUNJAN: Pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Sungai Lingkau, di sini, cemas apabila seekor buaya memasuki kawasan sekolah itu, malam tadi. Buaya sepanjang 2.5 meter itu dipercayai tersesat dari sungai berhampiran ketika air pasang melanda. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke tempat kejadian, yang letaknya 11 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, sebaik menerima panggilan jam 9.47 malam. 

Katanya, setiba di lokasi pada jam 10.20 malam, anggota bomba menemui buaya itu di dalam kawasan sekolah berkenaan. "Anggota kami menggunakan jaring, guni dan tali untuk memerangkap buaya betina itu dan berjaya menangkapnya sebelum ditarik ke kawasan lapang untuk mengikatnya," katanya. 


Buaya berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut




loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.