Kerajaan Tak Akan Biar Sekolah Kebangsaan Jadi Terlalu Islamik !

Assalamualaikum


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengisytiharkan kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”, menekankan Malaysia ialah negara Islam yang moden. 

“Kita tidak akan melihat ia berlaku,” katanya ketika menjawab mengenai kebimbangan ibu bapa bukan Islam, tetapi enggan mengulas lanjut definisi “terlalu Islamik” itu.

Mahdzir bercakap demikian kepada wartawan selepas pelancaran Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025, di sini, hari ini. Hadir sama ialah timbalannya, P Kamalanathan.

Mahdzir ditanya adakah sekolah kebangsaan kini menjadi semakin terlalu Islamik, susulan laporan FMT memetik Prof Teo Kok Seong, yang berkata kajian mendedahkan ibu bapa bukan Islam tidak selesa dengan unsur keagamaan di sesetengah sekolah.

Ini termasuk bacaan doa ketika perhimpunan sekolah.
Advertisements

Teo ialah bekas ahli Majlis Penasihat Pendidikan Negara.

Mengenai dapatan bagi kajian yang sama mengenai peningkatan ibu bapa bukan Melayu menghantar anak ke sekolah persendirian, Mahdzir berkata ia mungkin disumbangkan daripada kejayaan sistem pendidikan Malaysia.

Beliau berkata ia menunjukkan sistem pendidikan yang sama mencipta kelas pertengahan dan atasan, yang kini mampu menghantar anak ke sekolah persendirian.

“Jika mereka mampu membiayainya, tidak ada salahnya untuk mereka menghantar anak ke sekolah antarabangsa.

“Jika kita tidak ada sekolah antarabangsa di sini, ibu bapa akan hantar anak belajar ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata, sesetengah ibu bapa memilih untuk menghantar anak ke sekolah persendirian kerana ia mempunyai kemudahan lebih baik, ditambah dengan kelas di sekolah berkenaan lebih kecil dan jumlah pelajar kurang 30 orang, berbanding sekolah kebangsaan. – Free Malaysia Today


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.