MASA DAN JADUAL WAKTU KSSR SEMAKAN (2017)

Assalamualaikum

Bermula tahun 2017, pihak Kementerian mengubah sedikit pelaksanaan masa bagi setiap mata pelajaran. Untuk tahun 2017,

setiap matapelajaran atau subjek sudah ditetapkan bilangan tempoh jam yang perlu dihabiskan dalam setahun.Terdapat beberapa garis panduan yang diberikan oleh pihak KPM untuk menggubal jadual di peringkat sekolah. Ini merupakan contoh jadual panduan bagi sekolah rendah.

Antaranya :

1 Waktu masa bagi setiap pdp bersamaan dengan setengah jam.


2. Jadual dibuat berdasarkan takwim persekolahan KPM.


3. Sekolah boleh menetapkan jumlah masa lebih bagi sesuatu mata pelajaran.

Terdapat juga sedikit perbezaan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun hadapan di mana Tahun 1­6 meng gunakan garis panduan kssr yang terkini. Berdasarkan panduan yang diberikan oleh pihak KPM, daripada tahun 1 hingga tahun 6, peruntukkan masa sehari diberikan untuk pdp adalah 9 waktu sehari yang bersamaan 30 minit sewaktu tidak termasuk waktu rehat.


Waktu rehat yang diperuntukkan pula adalah sebanyak 20 minit.Contoh yang mudah, jika sesi persekolahan bermula pada 7.30 pagi, ia akan berakhir pada pukul 12.20 tengahari. Tetapi, untuk sesi perse kolahan pada hari jumaat pula, beberapa waktu terakhir pada hari tersebut akan diubah ke hari yang lain.

Contoh Jadual Pdp KSSR dan KSSM 2017 [klik skip ad sebelum memuat turun]




0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.