Program MyBrain15 diteruskan dengan pembiayaan RM500 juta bagi Rancangan Malaysia ke-11.

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR: Program MyBrain15 yang menaja pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana akan diteruskan dengan pembiayaan RM500 juta bagi Rancangan Malaysia ke-11.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sehingga 30 September lalu, Mybrain menaja 54,035 pelajar dengan perbelanjaan sebanyak RM800 juta.
Katanya, sehingga ini, bilangan pemegang PhD di dalam negara melebihi 23,000.
"Kementerian menyasarkan 60,000 pemegang PhD menjelang 2023 dan MyBrain hanyalah salah satu daripada mekanisme atau program bagi mencapai jumlah yang disasarkan itu," katanya menjawab soalan lisan Dr Siti Mariah Mahmud (PAN-Bukit Raja) di sini, hari ini.
Idris berkata, program PhD juga turut ditaja oleh Skim Latihan Akademik (SLAI) yang sehingga kini menaja 8,100 pelajar Sarjana dan PhD membabitkan perbelanjaan RM1.76 bilion.
Katanya, selain itu ada juga Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) serta pembiayaan Universiti Penyelidikan yang membantu seramai 8,321 penyelidik antara 2011 hingga tahun lalu.

sumber : http://www.bharian.com.my/


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.