RESEPI AYAM PERCIK, AYAM PERCIK!

Assalamualaikum



AYAM PERCIK, AYAM PERCIK!

Ola! Ok ni resepi yang paling best setakat ni aku tulis. Sedap sebab jarang-jarang je buat, jarang-jarang je makan. Hikihik. Teringat pulak bulan puasa gitu. Apapun, terbaik dari ladang resepi ni. Simple dan senang serta cepat. Boleh try di rumah untuk seisi keluarga yang tersayang.

Bahan bahan:

-Seekor ayam dipotong empat

Bahan-bahan Untuk Perapan:

– 5 ulas bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– Garam

Bahan Untuk Kuah:

– 1.5 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 1 batang serai
– 2 pek santan pekat
– 8 ulas bawang merah
– Cebisan asam keping
– Garam dan gula

Cara-cara penyediaan:
1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
4. Bakar ayam yang telah diperap.
Penyediaan kuah :
1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.

*boleh bakar guna oven, arang atau kuali ajaib


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.