Supermoon Terbesar Sejak 68 Tahun Pada Isnin 14 November 2016.

Assalamualaikum



Oleh: Aimi Nordin Sumber: Sinar Harian
Fenomena supermoon atau 'perigee' dapat dilihat seluruh penduduk muka bumi pada Isnin ini 14 November 2016. Supermoon adalah di mana kedudukan bulan berada paling dekat dengan bumi. Ini adalah fenomena supermoon terbesar sejak 68 tahun lepas. 
“Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang,” menurut Angkasa.
Orang ramai boleh melihat bermula 7.24 malam dan fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam. 
“Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali,” menurut kenyataan itu.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.