Tiga Beranak Sama Kelas, Sama Pentas Terima Ijazah

Assalamualaikum



Oleh: Aimi Nordin Sumber: Astro Awani
Menuntut ilmu tak mengira berapa usia kita. Tak semestinya umur 40 tak boleh ambil diploma. Betul tak? 
Tiga beranak ni memang boleh dicontohi apabila suami isteri dan anaknya pergi ke universiti yang sama kelas yang sama dan graduasi pada pentas yang sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ahad kelmarin. 
Kapten (B) Umor Arbain Dollah, 59, dan isteri Kapten (B) Fadzilah Abdullah, 53, serta anak mereka Zhafir Arbain, 25, telah menamatkan pengajian dalam bidang yang sama - Sarjana Eksekutif Pengurusan Projek Integrasi Pembinaan, di bawah program UMP Advanced Education (UMP Advanced).
"Pada awalnya saya dan isteri belajar diploma di UMP sekitar tahun 2011, dan setelah habis pengajian ini kami berhasrat untuk menyambung pada peringkat ijazah pula dengan mengajak anak lelaki kami ini belajar sekali.
"Awalnya dia menolak, tetapi dengan dorongan dan 'paksaan' daripada kami dia bersetuju bersama kami menyambung pengajian ini pada tahun 2013 di UMP," katanya yang masing-masing mempunyai syarikat pembinaan sendiri. 
Umor Arbain ingin menyambung pengajian dalam bidang yang tinggi untuk kepuasan diri pada mulanya selain menimba ilmu dalam dunia yang penuh persaingan ni.





loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.