20 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG AL-QURAN

Assalamualaikum



Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah

Surah terpendek ialah Surah Al-Kauthar

Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ‘ayat hutang’ dalam Surah Al-Baqarah ayat 282

Jumlah Surah Makkiyyah ialah sebanyak 86 Surah = 4,475 ayat

Jumlah Surah Madaniyyah ialah sebanyak 28 Surah = 1,761 ayat

Jumlah ayat Sejadah (tempat disunatkan sujud) dalam Al-Quran = 15 ayat, iaitu ;

a.    Surah Al-A’raf ayat 206
b.    Surah Ar-Ra’d ayat 15
c.      Surah An-Nahl ayat 49
d.    Surah Al-Isra’ ayat 107-109
e.    Surah Maryam ayat 58
f.      Surah Al-Haj ayat 18
g.    Surah Al-Furqan ayat 60
h.     Surah An-Naml ayat 25
i.       Surah As-Sajadah ayat 15
j.       Surah Al-Fussilat ayat 37 dan 38
k.     Surah Sood ayat 24
l.       Surah An-Najm ayat 62
m.   Surah Al-Insyiqoq ayat 20-21
n.     Surah Al-Alaq ayat 19
o.    Surah Al-Hajj ayat 77

Perkataan terpanjang di dalam Al-Quran ialah ” Fa’asqoinaakumuuhu” dalam Surah Al-Hijr, ayat 22.

Ayat yang terkandung di dalamnya kesemua huruf Hija’iyyah (Huruf Alif-Ya’) ialah 2 ayat iaitu Surah A’li-Imran ayat 154 dan Surah Al-Hujurat ayat 59.

Perkataan ‘Allah’ disebutkan sebanyak 2,697 kali dalam Al-Quran.


Perkataan ‘Muhammad’ disebutkan sebanyak 4 kali dalam Al-Quran, iaitu ;
a.      Surah Ali-Imran ayat 144
b.    Surah Muhammad ayat 2
c.       Surah Al-Fath ayat 29
d.    Surah Al-Ahzaab ayat 40

Surah Al-An’aam 124 adalah ayat di mana 2 perkataan ‘Allah’ terletak  bersebelahan.

Surah Al-Asr (juz 30) yang mengandungi  10 huruf ‘Wau’ dalam kesemua 3 ayatnya.

Jumlah tanda ‘syi ddah’ (sabdu) dalam surah Al-Fatihah ialah 14.

Perkataan ‘Al-Quran’ diulang-ulang sebanyak 68 kali dalam Al-Quran.

Perkataan ‘Injil’ diulang-ulang sebanyak 12 kali dalam Al-Quran.

Perkataan ‘Taurat’diulang-ulang sebanyak 18 kali dalam Al-Quran.

Perkataan ‘yahudi’ diulang-ulang sebanyak 8 kali dalam Al-Quran.

Perkataan ‘nasaara’(nasrani) diulang-ulang sebanyak 14 kali dalam Al-Quran.

Nama Malaikat ‘Jibril’ disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran  iaitu Al-Baqarah ayat 97 & 98 dan At-Tahrim ayat 4.

Perkataan ‘walyatalattof ’ terletak di tengah-tengah Al-Quran dalam Surah Al-Kahfi ayat 19


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.