Calon UPSR dapat D kertas Bahasa Melayu boleh terus ke tingkatan satu

Assalamualaikum



SHAH ALAM: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh D dalam keduadua kertas Bahasa Melayu boleh memasuki tingkatan satu tahun depan tanpa perlu melalui kelas peralihan

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembaharuan itu dilihat dapat menji matkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa set ahun untuk sesi pembelajaran mengikut silibus ditetapkan dengan menumpukan kepada penguas aan Bahasa Melayu. Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidik an negeri­negeri dalam tempoh terdekat

"Bagaimanapun, murid yang mendapat keputusan satu D dan satu E bagi mana­mana kertas Bah asa Melayu masih perlu memasuki kelas peralihan, namun boleh membuat rayuan kepada sekola h sekiranya ingin terus ke tingkatan satu.

"Pentadbir sekolah akan menilai setiap rayuan itu berdasarkan kepada kelayakan akademik murid dan ibu bapa yang ingin berbuat demikian boleh menyemak tarikh tutup dengan pihak sekolah," katanya kepada Bernama, di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom, Seksyen 27 di sini, dan merasmikan dewan serbaguna sekolah berkenaan.

Katanya jumlah calon UPSR tahun ini daripada SJKT yang mendapat keputusan E bagi kedua­dua kertas Bahasa Melayu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaa n berkenaan.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.