kemaskini brim 2017 secara online

Assalamualaikum


Cara Buat Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2017

Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M. Permohonan baru pulaperlu mendaftar.

1. Online

Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2017 secara Online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/.

2. Manual

Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2017 secara percuma di link download di bawah ini :-



Borang  BR1M  2017  yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
  • Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan) 

SYARAT KELAYAKAN BR1M 2017

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk kepada FAQ atau soalan LazimPermohonan Baru Dan Kemaskini.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Klik Penunaian Wakil Dan Waris SKK untuk maklumat lanjut.
 

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

  •  Sijil Kematian
  •  Kad Pengenalan Waris
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M 2017 di bawah ini


 TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.