'KPM Wajib Haramkan Cikgu Guna Kereta Sendiri Bawa Murid' - Wan

Assalamualaikum


Aduan dari Bang Wan yang disiarkan oleh Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia

Harap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan cikgu membuat tuntutan kerja lebih masa kalau cikgu perlu berada di sekolah selepas waktu bekerja. 

KPM wajib mengharamkan cikgu menggunakan kereta sendiri untuk membawa anak-anak murid pergi ke pertandingan atau sukan kerana KPM yang 'gatal' nak buat aktiviti. KPM sepatutnya menyediakan bas sekolah untuk murid-murid kerana cikgu-cikgu tugasnya adalah untuk mengajar, bukan menjadi pemandu. 

Kalau KPM pandai sangat nak buat aktiviti, gunalah harta KPM untuk membawa anak-anak murid


(Sekiranya guru membawa murid-murid menggunakan kereta sendiri) jika terjadinya kemalangan atau apa-apa yang tidak diingini berlaku, cikgu juga yang akan dipersalahkan. 

Saya teringat semula tentang kawan saya yang merupakan seorang cikgu sekolah di pantai timur Semenanjung Malaysia. Dia kena bawa murid pergi bertanding sukan. Dalam perjalanan, berlaku kemalangan. 

KPM pula mengambil jalan mudah untuk menyalahkan cikgu itu. Kawan saya ini sudahlah dinafikan bermacam-macam hak, gaji kena tahan. Dia bertarung untuk menyelamatkan kariernya seorang diri.

Luahan dari Bang Wan itu mendapat perhatian dari golongan warga pendidikan yang juga turut menyuarakan pandangan mengenai isu tersebut. 

"Tiap-tiap tahun keluar menghantar murid ke pertandingan. Memang redha sajalah. Bukan minta terjadi perkara yang tidak diingini tetapi lebih baik sediakan SOP yang telus agar guru tidak menjadi mangsa keadaan," kata Norell Ekim


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.