Lelaki ini Kongsi Kisahnya Bersama Arwah Isteri & Mengapa Lelaki Perlu Tahu Memasak

Assalamualaikum


Ramai yang selalu beranggapan, kerja dapur hanya untuk wanita. Mungkin bagi sesetengah orang, memasak hanya untuk mengeyangkan perut, jadi lelaki hanya perlu mencari wang sahaja.

Namun segala pandangan itu mungkin berubah setelah membaca kisah yang diceritakan oleh saudara Ariff Budiman Zainal Abidin menerusi kumpulan Facebook Masak Apa Hari ni.. (MAHN).

Ariff, yang sudah tujuh tahun kehilangan isteri tercinta, berkongsi kembali detik-detik akhir bersama isterinya.

Menurut Ariff, isterinya sakit disebabkan santau dan antara permintaan terakhir isterinya sebelum pergi adalah ingin merasa air tangan suami tercinta. Menurut Ariff dia berjaya menunaikan permintaan itu disebabkan hikmah rajin ke dapur.

Baca kisah itu selanjutnya:

Mengapa aku kata seorang lelaki dan suami perlu tahu memasak. Ikutilah pengalamanku bersama arwah isteriku.

" Bang boleh bawa Siti tepi pantai ", kata isteriku setelah hampir 2 minggu tidak kemana.

Sakit akibat santau amat menyiksanya. Darah sering keluar. Puas aku membawanya berubat di hospital dan perubatan islamik namun sakitnya masih tidak berkurangan.

Ketika berada di pantai aku melihat isteriku begitu tenang. Sesekali dia menggengam erat tanganku

" Bang....", suaranya tersekat.

Terus aku bertanya kenapa. Namun dia diam. Airmatanya sudah membasahi pipi.

" Kalau Siti tak ada abang kawin lah lain. Siti tak nak abang sunyi ". Aku diam sebab sudah beberapa kali dia meluahkan ayat ini

" Takpa la Siti. Yang penting kita berubat dulu. Abang hanya nak Siti disisi abang saja. Abang tak nak berpisah dengan Siti ", aku sudah mula sebak.

Aku dapat merasai saat2 aku akan kehilangan isteriku buat selama2nya. Aku sentiasa berdoa kepada Allah moga diberi kesempatang yang lebih lama untuk kami bersama.

" Abang janji bang. Siti cinta abang. Siti tak nak abang sunyi. Abang terlalu baik ". Isteriku sudah mula menangis. Aku memeluknya dan kami menangis sepuasnya di pantai

" Baiklah abang janji apa yang Siti minta ". Tersenyum isteriku sambil mengucap terima kasih. Aku mengajak isteriku pulang bila terdengar azan asar.

" Bang nanti boleh tak abang buatkan Siti nasi goreng kicap ", minta isteriku

" Abang goreng bukannya sedap sangat. Siti goreng lagi sedap ", gurau aku.

" Siti nak rasa buat kali yang terakhir air tangan abang ". Tergamam aku mendengar. Apa lagi airmata aku terus jatuh tanpa dipaksa

" Siti jangan sebut macam tu. Kita berikhtiar Siti. Abang akan buat apa saja untuk Siti. Janji Siti jangan tinggalkan abang. Abang tak dapat hidup tanpa Siti ". Tenang isteriku mendengar rintihan aku.

Bila sampai rumah aku bantu isteriku mengambil wuduk dan duduk sebelahnya sehingga selesai dia solat. Aku baringkannya di katil dan aku pula solat. Selepas solat terus aku kedapur untuk membuat nasi goreng kicap. Aku tahu dia memang suka kalau aku buat nasi goreng kicap.

Katanya aku pandai masak. Itulah hikmahnya kalau kita rajin kedapur. Bila siap terus aku bangunkan isteriku. Aku suap isteriku

" Sedapnya bang nasi goreng abang. Mungkin ini yang terakhir Siti makan air tangan abang ". Ya Allah kau jangan pisahkan kami. Aku terlalu takut menghadapi saat itu. Di ambilnya camca lalu menyedok nasi dan disuapnya kemulutku. Air mataku dah mula keguguran

" Bang. Siti ucapkan terima kasih sebab abang terlalu banyak tolong Siti ". Diciumnya tanganku. Aku membalas ciumannya

" Abang ingin meminta maaf pada Siti andaikata ada kesalahan yang buat Siti jauh hati. Minta maaf nasi goreng abang tak sedap ". Kataku. Isteriku terus menangis

" nasi goreng abang sedap sangat. Terima kasih abang ". Aku terus menyapu darah yang keluar dari mulutnya. Dia kelihatan penat.

Terus aku membawanya ke hospital. Isteriku dimasukkan ke icu. Nurse membenarkan aku masuk. Menangis aku melihat wayar memenuhi isteriku.

Dia kelihatan penat tapi masih lagi tersenyum padaku. Di ciumnya tanganku sambil memberi isyarat agar aku tolong berdoa. Bermula saat itulah isteriku terus koma dan pada 18 December 2008 isteriku pergi buat selamanya.

Kini telah 7 tahun dia pergi tapi peristiwa itu bagaikan baru saja berlalu bagiku. Semoga Allah tempat isteriku ditempat yang paling mulia disisi Allah. Dialah kekasih. Dialah sahabat dan dialah isteriku tercinta.

Dia umpama satu dalam sejuta. Terima kasih admin kalau tak delete post saya. Sebagai seorang lelaki, jangan merasa malu kalau kedapur. Biar kawan2 kutuk kita.

Biar mereka tertawa pada kita kononnya kita telah di control isteri. Tapi bila berlaku seperti diriku barulah kita akan sedar betapa beruntungnya kita tahu serba sedikit memasak.

Isteri bukannya masakan yang terhebat seperti chef dari kita. Cukuplah walaupun nasi goreng kicap biasa tetapi caring kita yang buat mereka bertambah kuat dan semangat.

RESEPI NASI GORENG KICAP.
1. Tumis bawang merah dan putih
2. Masukkan sos tiram dan kicap pekat
3. Masukkan nasi dan secukup rasa
4. Gaul.

Mudahkan. Tak ada cabai. Baik untuk kanak2. Sekian terima kasih kerana sudi membaca pengalamanku. Dalam bercerita ada resepinya. Terima kasih admin kalau tak delete pos ini.

Sumber: FB MAHN



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.