LUAHAN IBU BAPA : Kementerian Pendidikan diminta tidak kerap mengubah format atau dasar pembelajaran yang ditetapkan

Assalamualaikum


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta tidak menjadikan para pelajar sebagai bahan 'uji kaji' dalam pelaksanaan sebarang dasar atau format baharu peperiksaan kerana ia boleh mengelirukan mereka, demikian saran seorang perwakilan Perak.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata sebarang perubahan format peperiksaan sewajarnya dimulakan daripada awal tahun persekolahan dan bukannya secara tiba-tiba.

"Kementerian Pendidikan diminta tidak kerap mengubah format atau dasar pembelajaran yang ditetapkan, jangan jadikan murid uji kaji dengan menukar pendekatan di separuh jalan atau secara tiba-tiba.

"Jika (dasar) telah ditetapkan biarlah ia telah selesai daripada darjah satu sampailah STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan mulakan dengan yang baharu," katanya semasa membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, sambil disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan yang hadir.

Dengan mengambil contoh peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang merupakan kohort pertama pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Dr Wan Norashikin berkata ramai pelajar kecewa kerana mendapat keputusan tidak memuaskan.

"Calon kecewa dengan pencapaian yang mungkin tak sebagus diharapkan oleh kerana perubahan yang mereka perlu lalui, peperiksaan hanyalah satu ujian semasa," katanya. -- BERNAMA


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.