PESANAN TERAKHIR RASULULLAH (WAJIB BACA)

Assalamualaikum


Khutbah ini adalah pesanan Rasulullah SAW yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah (tahun 632 M) di Lembah Uranah, Gunung Arafah  ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji widak. Haji widak adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah umat Islam, kerana ia adalah haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Ramai umat Islam berada dengan Nabi SAW ketika baginda menyampaikan Khutbah terakhir.

Sesungguhnya makna yang terdapat dalam khutbah ini memang mengagumkan, menyentuh akan hak Allah ke atas manusia dan nilai kemanusiaan yang harus dimiliki oleh setiap insan. Walaupun Nabi SAW telah wafat, kata-kata beliau masih hidup di dalam hati kita.

Setelah memuji dan mengucapkan kata syukur kepada Allah, Nabi Muhammad SAW berkata:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik pesanku ini, aku tidak tahu sama ada selepas tahun ini, aku akan bertemu lagi dengan kamu. Oleh itu dengarkan apa yang akan aku katakan kepada anda baik-baik dan ingatlah pesanku dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak ada di sini pada hari ini

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, hari ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan menyakiti sesiapa supaya tiada siapa yang akan menyakiti kamu.

Ingat bahawa kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, dan bahawa Dia akan menghitung segala amal-amal kamu. ALLAH telah mengharamkan riba (faedah), maka segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

 Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU”.





loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.