TEMPLATE Jadual Waktu Dan Pelan Bilik Darjah

Assalamualaikum

Pelan kedudukan murid dalam bilik darjah ini merupakan keperluan guru semasa mula-mula berada di dalam kelas tersebut. Pelan kedudukan ini merupakan alat bantu yang paling berkesan untuk menghafal nama murid-murid dalam masa yang singkat.Dengan adanya pelan ini, guru dapat mengesan nama dan kedudukan murid-murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid yang tertentu sahaja (diingati namanya). Murid-murid pasti akan rasa lebih dihargai dan tidak terpinggir sekiranya guru memberi tumpuan kepada mereka secara sama-rata. Motivasi murid juga akan meningkat apabila guru ingat namanya !
[KLIK SKIP AD UNTUK MEMUAT TURUN]
Jadual waktu kelas merupakan antara elemen utama yang perlu dipersembahkan di ruang atau sudut info di dalam bilik darjah. Jadual waktu ini berfungsi sebagai rujukan kepada guru dan juga murid-murid. Jadual waktu versi pertama ini saya sediakan percuma buat semua pengunjung laman ini, moga-moga keberkatannya sama-sama kita rasai.Jadual ini direka letak dalam saiz A4 yang boleh dicetak besarkan sehingga 12 kali saiz A4 tanpa mencacatkan kualiti kerana penggunaan resolusi yang digunakan ialah 300 px.
[KLIK SKIP AD UNTUK MEMUAT TURUN]

sumber: cikguayudotmy


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.