Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017

Assalamualaikum

Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dengan tahap pengurusan kantin sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti pengurusan dn perkhismatan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana kantin sekolah merupakan sumber utama bagi murid mendapatkan keperluan makanan semasa mereka berada di sekolah. Justeru itu adalah sangat penting bahan-bahan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa selamat dimakan, bersih dan berkhasiat. Konsep makanan seimbang yang berkualiti dan mengenyangkan perlu diutamakan. Selain daripada mutu makanan itu sendiri, faktor kebersihan dan suasana kantin yang ceria perlu dititikberatkan

PERANAN JAWATANKUASA ini ialah ; membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin. menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, guru, staf sokongan, ibu bapa kepada Pengetua atau guru Besar tentang pengurusan kantin. menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik. 

Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017 [klik skip ad untuk memuat turun]

semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.