Senarai Cuti Yang Layak Bagi Seorang Guru

Assalamualaikum



CUTI

1. Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh          24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

2. Cuti Rehat Khas (CRK)

Konsep Cuti : Cuti adalah kelayakan tetapi bukan hak.

2.1.  Cuti sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar;

2.2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.

2.3.  Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.

2.4.   Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan

        keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3. Cuti Sakit

Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swata tanpa sokongan oleh pegawai perubatan kerajaan boleh diterima jika ia jumlah cuti yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar.

4. Cuti Khas – isteri bersalin

Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan.

4. Cuti tanpa rekod

4.1.   Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

5. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat

5.1.   Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak,  ibu bapa kandung serta ibu bapa mertua kepada pegawai berkenaan


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.