Cara Daftar MyASNB Dan Semakan ASB Online

Assalamualaikum




Cara Daftar MyASNB Online

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran di Portal MyASNB bagi menggunakan perkhidmatan online. Diantara kelebihan mendaftar dengan MyASNB adalah seperti berikut :-
  1. Anda boleh membuat pelaburan secara online untuk mana-mana unit amanah ASNB
  2. Semakan baki pelaburan
  3. Urusniaga secara percuma
Sebelum mendaftar di MyASNB, sila hadir ke cawangan atau ejen ASNB untuk perkara berikut :- 
  1. Mendapatkan no akaun 12 digit
  2. Kemaskini no telefon bimbit untuk penghantaran TAC
Pelabur ASB akan diberi satu nombor akaun unik yang mempunyai 12 digit untuk pelaburan mereka dalam mana-mana unit amanah ASNB. Nombor akaun 12 digit ini akan menjadi rujukan apabila pelabur berurusniaga dengan ASNB tidak kiralah samada untuk pelaburan dalam ASB, ASB2, ASM, ASN, ASN 2 atau unit amanah ASNB yang lain. 

Untuk pelabur yang hanya mempunyai pelaburan dalam ASB, anda perlu mendapatkan nombor 12 digit berkenaan di Cawangan atau ejen ASNB. Bagi pelabur yang mempunyai pelaburan dalam unit amanah selain ASB, tetapi belum mendapatkan nombor akaun 12 digit, anda juga perlu berbuat demikian di Cawangan atau ejen ASNB.

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor akaun 12 digit berkenaan untuk pelaburan dalam unit amanah ASNB selain ASB, anda boleh menggunakan nombor berkenaan untuk mendaftar di MyASNB.  Jangan lupa, kemaskini maklumat peribadi anda apabila anda berada di Cawangan/ejen ASNB. 

Langkah Mendaftar MyASNB

Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan kami. 

Selepas mendapat nombor akaun 12 digit dan mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah ke portal MyASNB untuk mendaftar.

  1. Sila klik : https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada pautan Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang
  3. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki
  4. Langkah 1  - Maklumat Pemegang Unit 
  5. Langkah 2 - Pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS 
  6. Langkah 3 – Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit
  7. Langkah 4 - Mencipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan
  8. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan . Sila cetak / simpan laporan pendaftaran untuk rujukan masa depan.
  9. Sila pastikan kata laluan sementara anda di simpan dengan selamat untuk melakukan log masuk kali pertama selepas proses pengaktifan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi, Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB di talian 03 8026 8101. Selain MyASNB, anda boleh melabur dengan seperti biasa menerusi:-i

  • 30 Cawangan ASNB di seluruh negara;
  • Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan 
  • Perbankan Internet - Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow. 

Selamat membuat pendaftaran MyASNB. Moga dengan wujudnya perkhidmatan MyASNB akan memudahkan urusan anda secara online.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.