Ayat-ayat al-Qur’an biasanya diturunkan untuk menjawab pelbagai persoalan yang memerlukan ketetapan hukum, selain yang sifatnya informatif tentang kehidupan di masa lalu dan masa akan datang.
Namun, meskipun banyak ayat yang menjawab pertanyaan sahabat mahupun yang turun untuk memuji keimanan seseorang, al-Quran tak pernah menyebut nama-nama mereka. Oleh sebab itu, jika kita membaca al-Quran dari awal hingga akhir, kita tidak akan kita menemui nama-nama seperti Umar, Aisyah mahupun Ali. Padahal, banyak ayat turun mengaitkan ketiga-tiga sahabat Rasulullah SAW tersebut.
Satu-satunya nama sahabat Nabi yang disebut dalam al-Quran hanya Zaid R.A. Siapakah beliau dan di dalam surah apakah nama beliau disebut?
Dia adalah Zaid bin Haritsah (578-629). Al-Quran mengabadikan namanya dalam surah al-Ahzab [37] ayat 37. “… Maka ketika Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap istrinya (bercerai), Kami nikahkan engkau dengannya (janda Zaid/Zainab) agar tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (menikahi) isteri dari anak angkat mereka. …”
Zaid bin Haritsah merupakan anak angkat Nabi Muhammad SAW. Ketika masih kanak-kanak, beliau telah diculik dan dijual di pasar hamba oleh perompak semasa beliau sedang mengembara bersama ibunya.
Diriwayatkan, Hakam bin Hizam telah membelinya dan dihadiahkan kepada mak saudaranya, Khadijah binti Khuwailid. Setelah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah SAW, Zaid turut hidup bersama keluarga Nabi SAW dan sepanjang beliau hidup bersama-sama dengan keluarga Nabi, baginda tidak pernah menganggap Zaid sebagai seorang hamba, melainkan diasuh dengan baik seperti anak baginda sendiri.
Beberapa tempoh kemudian,, ayah Zaid, Abdul Uzza bin Imri’ Al-Qais, mendapat khabar berita bahawa anaknya dijual sebagai hamba di Mekah. Ayah Zaid segera berangkat ke Mekah dan menemui Nabi SAW dengan bertujuan untuk menebusnya. Akan tetapi, Nabi menolak tawaran wang yang diberikan oleh dari ayah Zaid.
Nabi mengatakan bahwaa semuanya terserah kepada Zaid. Jika dia ingin pulang ke kampung halaman bersama ayahnya, Nabi mempersilakan tanpa tebusan apapun. Jika ingin bersamanya, Zaid tak akan pernah diperlakukan sebagai hamba.
Zaid akhirnya memutuskan tinggal bersama Nabi Muhammad. Ayahnya pun tak keberatan dengan keputusan anaknya ini. Dia pulang dengan lega kerana anaknya mendapat pengasuhan yang jauh lebih baik.
Zaid membesar menjadi seorang pemuda yang soleh dan cerdas. Sebagai seorang perajurit Islam, dia dikenali sebagai pemanah yang digeruni. Dalam setiap pertempuran yang diikutinya, Zaid selalu menjadi komander tentera.
Pertempuran terakhir Zaid adalah pada bulan September 629. Sebanyak 3000 pasukan yang dipimpin Zaid bergerak menuju Basrah (Suriah). Tentara Bizantium yang terdiri dari 100.000 tentara yang berasal daripada Yunani yanng disokong oleh 100.000 tentara kabilah-kabilah Arab, seperti Lakhm, Judham, Al-Qayn, Bahra dan Bali menyergap pasukan Zaid di Mu’tah.
Zaid dan tentaranya menyulitkan pasukan Bizantium yang mengepung dari segala penjuru, sampai akhirnya sebuah tombak musuh menembusi tubuhnya. Zaid mengalami perdarahan yang teruk dan gugur sebagai seorang syuhada.
Mendengar berita kematian Zaid, Nabi Muhammad SAW menemui keluarganya. Anak Zaid menangis di hadapan Nabi. Nabi Muhammad juga turut menangis kesedihan. Saad bin Ubadah berkata, “Rasul, apakah ini?” Nabi menjawab, “Ini adalah duka seorang kekasih untuk yang dicintainya.”
Zaid tercatat sebagai perajurit yang pertama kali syahid di negeri asing.
Note: only a member of this blog may post a comment.