Guru, Bayi Maut Kemalangan
Unknown AssalamualaikumTanjong Karang: Seorang guru lelaki dan juga bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan Proton Perdana di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran pekan Sekinchan, 7 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenda Nor Azmi Isa, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Faizuri Ibrahim, 33, memandu Perodua Alza itu seorang diri dan dalam perjalanan ke sekolah.
Menurut beliau, bayi yang berusia enam bulan yang dikenali sebagai Nur Qaireen Khalisya Anuwar merupakan penumpang di dalam Proton Perdana yang dipandu ayahnya bersama dengan ibu dan tiga adik beradik mangsa yang lain.
"Siasatan awal polis mendapati Perodua Alza dari arah Sekinchan gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke laluan bertentangan. Pada waktu itu keadaan cuaca hujan lebat dan jalan basah.
"Pada masa sama Proton Perdana gagal mengelak dan berlaku perlanggaran yang menyebabkan Perodua Alza terbalik ke bahu jalan," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibu bapa bayi berkenaan cedera di lutut serta patah lengan kiri.
"Keadaan tiga lagi penumpang yang juga anak suami isteri berkenaan tidak dapat dikenal pasti kerana dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber : Harian Metro
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.