Masih tidak habis dengan isu perceraian, Zila Seeron kini berkeras ingin melawan kes nusyuz yang difailkan oleh Along Cham
sebelum ini. Tindakan itu bagaimanapun seolah-seolah menguji kesabaran
Along yang selama ini tidak mahu mengaibkan maruah bekas isterinya itu
kerana permohonan itu hanya akan membongkarkan lebih banyak aib di pihak
bekas isteri.
“Saya tidak akan mengulas panjang lagi mengenai isu perceraian ini
kerana bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila bekas
isteri yang masih juga berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya
failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba
mencabar saya pula. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang
terbongkar”
Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu.
Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya.
Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar
daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya,” katanya
kepada Berita Harian Online mengenai permohonan nusyuz yang digailkan bekas isterinya.
Terdahulu, Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim
Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai
difailkan Along selaku plaintif. Sebelum itu kecoh apabila bekas
isterinya, Zila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang lelaki yang
dikenali di laman sosial, Smule ketika masih bergelar isteri kepada
Along. (rkty/w)
Note: only a member of this blog may post a comment.