Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online
Pelajar tingkatan 3 PT3 2016 yang berpotensi dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM 2017 secara online.* Nota MAKLUMAN : Tarikh Permohonan ke MRSM 2017 Tingkatan 4 adalah dari 13September sehingga 21 Oktober 2016.
Panduan dan maklumat permohonan MRSM 2017 Tingkatan 4 akan dikemaskini selepas applikasi permohonan di buka pada 13 September 2016. Maklumat yang dikongsikan di bawah ini adalah untuk permohonan sesi 2016
Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2016 Tingkatan 4 Online
- 1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 4
- 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
- 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)
- Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 16 hingga 20 November 2015
- Tempat dan tarikh ujian akan di pilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
- Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
- Pertanyaan : Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan
- Memperolehi keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (Tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016
Rayuan MRSM 2016
- Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM).
- Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).
- Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
Note: only a member of this blog may post a comment.