Seringkali kita mendengar, anak-anak diibaratkan kain putih yang bersih. Maka, ibubapa lah yang akan mencorak sifat dan keperibadian mereka.
- Oleh itu, ibu bapa seharusnya mengetahui peranan masing-masing dan memikul tugas ini dengan baik. Tapi malangnya, sesetengah ibu bapa masa kini sangat sibuk dengan kehidupan seharian mereka sehingga gagal meluangkan lebih masa dengan anak-anak mereka.
Sikap lebih mengutamakan kerjaya boleh menyebabkan masa bersama anak-anak menjadi sangat sedikit dan kurang komunikasi antara mereka. - Begitulah juga kisah yang diceritakan oleh Cikgu Asmadi Samad di laman Facebook. Beliau menceritakan bagaimana salah seorang muridnya menjadi pemberontak hanya disebabkan telefon bimbit.
- Terlalu lama rasanya saya menyimpan kisah ini. Sengaja memendamkannya kerana bagi saya anak kecil yang berkongsi cerita ini kelihatan biasa seperti kebanyakkan kanak-kanak lain seusianya.
Kebelakangan ini saya jarang masuk ke kelas di mana anak ini belajar kerana ianya di ambil alih oleh guru praktikum. Saya mula mengesan perubahan yang mendadak pada anak ini. Mungkin apabila berada di depan mata kita menjadi tidak peka dan sensitif dengan perubahan. Barulah saya tahu bahawa apa yang berlaku kepadanya sedikit demi sedikit menghakis peribadi kanak-kanak dari seorang yang manja kepada seorang kanak-kanak yang suka memberontak.
Aizam namanya. Dia seorang anak yang sangat pintar bagi seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Petah berkata-kata dan selalunya dalam bahasa inggeris. Soalan-soalan yang keluar dari mulutnya itu kadang-kadang sangat diluar jangka. Jauh menunjukkan kebijaksanaannya dalam berfikir - Tibalah satu masa sewaktu di dalam kelas, Aizam mendekati cikgu Asmadi, meminta keizinannya untuk membuka laman sesawang ‘youtube’ di komputer riba yang digunakan Aizam
- Satu hari, saat rakan-rakannya begitu seronok menggunakan aplikasi komputer untuk mengukuhkan kemahiran membaca, beliau datang mendekati saya di meja guru. Bosan katanya dan meminta keizinan saya untuk membuka laman sesawang ‘youtube’ di komputer ribanya.
Saya mengambil peluang ini untuk meneroka dan mengenalinya dengan lebih dekat.
“Kenapa nak tengok youtube”,soal saya.
“I love to watch it. Kat rumah saya selalu tengok youtube,” Jawabnya dengan wajah yang cukup ceria.
“Aizam tengok youtube kat mana? Ada laptop ke di rumah?” soal saya meneruskan perbualan.
“My parent’s iphone.”jawabnya sambil menceritakan kelebihan iphone milik ibu dan ayahnya.
“Mak dan ayah Aizam tak marah ke kamu gunakan iphone mereka?”soal saya lagi.
“Yeah, they always mad at me...but I love it.”jawabnya.
Saya mengerut dahi kehairanan. Dalam hati saya berkata bahawa anak ini makin unik. Suka di marah ibu dan ayahnya. Saat itu dia menyambung lagi..
Bagi Aizam, itulah satu-satunya masa ibu bapanya berkomunikasi dengannya. Kalau tidak, ibu bapanya selalu sibuk bermain handphone dan games- “That is the only time that I think they really talk to me. The rest of it, they always busy with their iphone. Always messaging, watching videos, play games. “
Saat ini saya melihat wajahnya sudah mula meredup. Ada raut kesal dan kadang-kadang sedih. Air matanya bergenang dikelopak matanya. Namun dia masih berusaha mengawal bibirnya untuk mengukir senyuman.
“Kadang-kadang saya sengaja ambil iphone mereka. And I hope they will have times to chat with me. Tapi bila iphone tiada mereka akan tengok tv. The only time that they will focus on me is when I broke something or making problem at home.”akuinya jujur.
Saya berusaha untuk memberi jawapan yang munasabah kepadanya. Bukan untuk mempertahankan tingkahlaku nakalnya atau membela ibubapanya, tetapi keutamaan saya ketika ini adalah untk memperbetulkan ‘mindset’ nya.
“Dunia orang dewasa macam tu lah. Ada masa-masa tertentu mereka menjadi terlalu sibuk. Ada banyak lerja yang perlu diselesaikan. Perlu banyak perbincangan dengan rakan sekerja dan perlu banyak korbankan masa untuk selesaikan urusan kerja mereka. Dan mereka buat semua itu untuk isteri dan anak -anak yang mereka sayang. Untuk kamu supaya kamu dapat belajar dengan baik, cukup semua keperluan kamu dan boleh bawa kamu bercuti bila waktu cuti sekolah, “ jelas saya panjang lebar.
“I dont want to be like them”, pintasnya. - Cikgu Asmadi terperanjat dengan kenyataan anak kecil itu. Beliau tidak tahu mahu memberi respon bagaimana.
- Saya tergamam seketika. Tidak mampu berkata apa -apa pada waktu itu. Dan ketika itu murid-murid lain telah mula kecoh kerana waktu rehat telah pun tiba.
Saya bangun dari kerusi dan mengarahkan murid-murid untuk berbaris di luar makmal komputer sebelum ke kantin untuk rehat.
Aizam turut berebut-rebut masuk ke dalam barisan. Bertolak-tolak riang bersama -sama rakan sekelasnya sebelum mengucapkan selamat rehat dan membaca doa makan.
Saya melihat kelibatnya tenggelam dalam gerombolan murid yang menyerbu masuk ke kantin sekolah membeli makanan. Kepala juga ligat memikirkan apa yang harus saya buat untuk membantu anak ini. Simpati saya kepada anak ini.
Pada usia sebegini dia harus bersaing dengan teknologi dan kemajuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan dari ayah dan ibu kandungnya sendiri. Paling dirisaukan ialah usahanya kini terarah kepada usaha yang negatif. Membuat nakal dan bising semata-mata untuk menarik tumpuan ibu dan ayahnya. Alat yang sepatutnya berfungsi untuk mendekatkan yang jauh kini menjadi pemisah kepada mereka yang sedia dekat. - Menurut cikgu Asmadi, beliau mula sedar bahawa telefon bimbit sememangnya memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak. Dan perkara itulah yang sering beliau cuba elakkan daripada anak-anaknya.
- Benarlah seperti apa yang dikatakan bahawa kesan buruk telefon bimbit bukanlah pada apa yang dibuat semasa menggunakannya sahaja, tetapi lebih besar kesannya pada apa yang kita TIDAK BUAT semasa menggunakannya. Sebagai contoh ,kita tidak pedulikan anak yang merengek mengajak kita bermain sama sedang kita sibuk menggunakan telefon bimbit.
Saya pulang ke rumah petang itu dengan membawa balik bayang-bayang Aizam.Aizam tidak jauh beza umurnya dengan anak sulong saya. Yang setiap kali apabila saya sampai ke rumah, dialah yang akan menyambut saya. Bertanyakan telefon bimbit saya sebelum sempat saya membuka helmet di kepala.
Saya membayangkan anak saya juga seperti Aizam, mengambil telefon bimbit dari saya agar saya memberikan tumpuan kepadanya dan tidak asyik melekat bersama telefon bimbit.
Hari itu sebelum sampai ke rumah, saya berhenti sebentar di tepi jalan, membawa keluar telefon bimbit, mematikannya dan terus menyimpannya di dalam beg galas saya. Saya mengeluarkan telefon bimbit hanya apabila anak saya telah masuk tidur. Begitulah hari-hati yang seterusnya.
Tanpa telefon bimbit saya yakin hubungan saya dan anak-anak menjadi lebih erat dan bermakna.
Asmadi Abdul Samad
Sayang anak, tutup telefon.
Note: only a member of this blog may post a comment.