Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.
JADUAL WAKTU yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Mematuhi kursus pengajian KSSR/KSSM
- Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
- Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
- Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
- Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid
Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu
Faktor Undang-Undang
Dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang terhadap semua aktiviti kurikulum sekolah [P.U.(531): Peraturan Kurikulum Kebangsaan]
Surat Pekeliling Ikhtisas:
- Bil. 8/1990
- Bil. 6/1991
- Bil.7/1994
- Bil. 10/1995
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (1)
Mengadakan dengan serta merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar satu jadual waktu mengenai:
- Semua mata pelajaran yang diajar
- Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar
Hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 7
Seorang guru hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar:
- Salinan sukatan pelajaran yang diajar
- Senarai murid di bawah tanggungjawabnya
Seorang Pengetua / Guru Besar suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (1)
Seorang guru hendaklah mengajar mengikut:
- suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
- satu jadual waktu yang diluluskan
- tidak melebihi RM5,000
- penjara tidak lebih 3 bulan
- kedua-duanya sekali
P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (2)
- Seorang Pengetua, Guru Besar atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan kesalahan
- Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500
Guru Besar / Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
Guru Besar harus mengutamakan guru terlatih untuk mengajar kelas peperiksaan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah matapelajaran wajib diajar mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar /Waktu Luang Oleh Guru-Guru
Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
• Sedia ABM
• Semak Buku Latihan
• Rancang Pelajaran dll
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
- Mengandungi
2. Rancangan Pelajaran harian
- Objektif:
- Sejauh mana objektif itu tercapai
AGIHAN TUGAS MENGAJAR
sumber : http://www.cikgushare.com/2016/06/agihan-waktu-mengajar-guru-di-sekolah.html
Note: only a member of this blog may post a comment.