DUA Ekor Ular Sawa Dilempar, Jurulatih & Pembantu Digantung Tugas

Assalamualaikum



Ipoh, 18 Okt : Empat orang jurulatih dan enam pembantu dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Kangsar digantung tugas serta merta dari menjadi tenaga pengajar program membina jati diri sehingga siasatan terhadap kes video viral ular sawa dilempar dalam kolam selesai.

Langkah itu diambil oleh pengurusan tertinggi APM selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak kelmarin.

Menurut pengarah APM Perak, Kolonel Pertahanan Awam (PA), Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman, pihaknya mendapati wujud pelanggaran operasi standard (SOP) yang dilakukan ketika menjalankan Program Kem Kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru, Kuala Kangsar, ketika kejadian.

Menurutnya lagi, hasil maklumat awal yang diperoleh mendapati jurulatih melempar dua ekor ular sawa ke dalam kolam yang perlu dilalui oleh sekumpulan pelajar perempuan.

Pengurusan APM Pusat dan negeri sangat kecewa dengan kejadian ini kerana jurulatih yang berada di tempat kejadian melanggar SOP yang sedia ada.

Kegagalan untuk mematuhi SOP tidak sepatutnya berlaku dan kita akan menjalankan siasatan terhadap kesemua mereka dan memastikan keadilan serta hukuman setimpal diberi mengikut prosedur tatatertib APM,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau, program itu adalah siri ke-32 yang bermula pada 2012 dan sudah empat tahun dilaksanakan.

Seramai 1,622 orang pelajar telah mengikuti program tersebut di APM Kuala Kangsar namun kejadian menggunakan ular adalah pertama kali berlaku, katanya.

Sumber: Harian Metro


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.